Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jokowi Disaman Dakwaan Guna...

JAKARTA : Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) disaman di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat...

Dirasuk Jin, Lelaki Sembelih...

SEORANG lelaki bertindak menyembelih isterinya sebelum mencederakan diri sendiri sehingga kedua-duanya menemui ajal. Lelaki...

UK Lanjutkan Skim Visa...

LONDON : Kerajaan United Kingdom (UK) semalam mengumumkan pelanjutan tempoh skim visa sementara...

800 Pengguna Kereta Kabel...

LANGKAWI – Kira-kira 800 orang pelancong dan petugas terkandas selepas sistem kereta kabel...

Perancis, Malaysia Meterai Perjanjian Pertahanan Esok

KUALA LUMPUR – Perjanjian mengenai pertahanan dan pertanian akan ditandatangani semasa lawatan negara Presiden Perancis Francois Hollande ke Malaysia, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hollande dijadual menyaksikan upacara menandatangani perjanjian berkenaan, termasuk satu perjanjian berkaitan pertahanan dan satu lagi perjanjian mengenai penubuhan platform bagi Landskap Pertanian Lestari di Asia Tenggara, esok.

“Topik perbincangan lain yang akan menjadi keutamaan kedua-dua pemimpin itu, termasuk kerjasama dalam bidang pertahanan, langkah memerangi keganasan dan perdagangan.

“Kedua-dua pemimpin juga akan berbincang tentang kerjasama sedia wujud antara kedua-dua negara, di samping meneroka jalan baharu untuk (kerjasama) masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Reezal berkata lawatan dua hari itu, yang bermula malam ini, adalah sebahagian daripada atur cara kunjungan sulung Hollande ke ASEAN, yang turut meliputi lawatan beliau ke Singapura dan Indonesia.

“Lawatan ini amat tepat pada waktunya kerana ia juga bertepatan dengan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis,” kata beliau, sambil menjelaskan ia juga adalah lawatan peringkat presiden kedua dari Paris ke Kuala Lumpur selepas lawatan negara oleh Presiden Jacques Chirac ke negara ini pada Julai 2003.

Mengenai hubungan dua hala Kuala Lumpur-Paris, Reezal berkata ia berada dalam keadaan kukuh kerana kerjasama yang terjalin meliputi pelbagai bidang seperti pertahanan, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.

“Ketibaan pesawat pengangkut A400M baru-baru ini sangat penting memandangkan Malaysia merupakan negara bukan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dilengkapi dengan pesat jenis itu.

“Ini mencerminkan kekukuhan hubungan dua hala antara kami,” katanya.

Menurut laporan, Airbus menyerahkan secara rasmi pesawat tentera jenis Airbus A400M keempat dan terakhir itu kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 22 Mac, selepas pesawat jenis sama diserah kepada Malaysia pada 2015.

Reezal berkata tahun lepas, hubungan dagangan dua hala Malaysia-Perancis meningkat sebanyak 6.3 peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM15.23 bilion, dan Perancis adalah rakan dagangan keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.

Beliau berkata lebih 60 peratus eksport Malaysia ke Perancis merupakan barangan elektrik dan elektronik, manakala selebihnya termasuk produk getah, jentera, kimia dan produk kimia, tekstil, pakaian dan kasut.


Reezal juga menyatakan bahawa daripada 160 projek pelaburan Perancis yang diluluskan di Malaysia, 117 projek mengenai pembuatan telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.5 bilion.

Beliau berkata dalam bidang pelancongan, 134,257 rakyat Perancis melawat Malaysia tahun lepas.

“Pada masa akan datang, kami menjangkakan terdapat lebih banyak kerjasama dengan Perancis dalam bidang pertahanan, perdagangan, pelaburan, tenaga, pengajian tinggi, latihan dan pembinaan keupayaan,” katanya.

Hollande dijadual tiba di Kuala Lumpur petang ini dengan diiringi para menteri, anggota Parlimen, pegawai serta delegasi perniagaan dan beliau akan diberi sambutaan negara di Dataran Parlimen di sini pagi esok.

Presiden Perancis itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, disusuli menghadiri mesyuarat delegasi dan menyaksikan upacara menandatangani perjanjian berkenaan.

Perjanjian mengenai pertahanan dan pertanian itu bertujuan meningkatkan lagi kerjasama dan merangsang kerjasama ekonomi secara lebih meluas antara kedua-dua negara.

Sementara itu, menurut Wisma Putra, satu surat hasrat juga dijangka ditandatangani antara Universiti Putra Malaysia (UPM), University of Montpellier dan Pusat Penyelidikan Pertanian bagi Pembangunan Antarabangsa (CIRAD) Peranis, yang melibatkan penyeldikan, latihan dan penglibatan pihak berkepentingan berkenaan dalam perkongsian jangka panjang.

Selepas mengadakan sidang akhbar bersama, Hollande dijangka menyaksikan demonstrasi statik pesawat pengangkut A400M yang baharu diserahkan kepada TUDM itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.

Beliau juga dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menghadiri jamuan negara sebelum berlepas ke Jakarta. – BERNAMA

Kategori