Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI]PRN Johor :...

PETALING JAYA – Satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas pada...

Joy Revfa Mahu Bersihkan...

PENGASAS kosmetik dan isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa memohon kepada...

Lulus Cuti Khas Pekerja...

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul...

Kuil Seafield Diminta Pulangkan...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor meminta pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di...

Peranan PAC Negeri Perlu Diperkasa – Datuk Teo

KOTA KINABALU – Peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di setiap negeri perlu diperkasa kerana masih ramai yang kurang jelas mengenai fungsi dan bidang tugas badan itu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata langkah itu penting bagi menjadikan PAC badan pemantau tadbir urus wang awam sekali gus memperkukuh akauntabiliti dan integriti sektor awam.

Jangkaan rakyat terhadap kegunaan wang awam semakin tinggi terutamanya di jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar PAC SeMalaysia 2017 di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman merasmikan seminar sehari bertemakan ‘Meningkatkan Kecemerlangan Tadbir Urus’ itu.

Seminar itu yang dianjurkan PAC, Jabatan Audit Negara dan Dewan Undangan Negeri Sabah dihadiri 420 peserta dengan matlamat memperkasa peranan PAC selain mengukuhkan integriti serta akauntabiliti sektor awam.

Sementara itu, Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Ariffin juga berpendapat PAC negeri perlu diperkasakan dan semua anggotanya harus memahami tugas dan tanggungjawab dalam membantu kerajaan memantau projek untuk rakyat.


“Di peringkat Parlimen, umum sudah mengetahui tugas dan tanggungjawab PAC, dan setiap tahun kita akan mengeluarkan laporan. Saya mahu di setiap negeri memperkasa lagi tugas dan tanggungjawab PAC,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasan berkata PAC turun padang untuk melihat sendiri isu bekalan air luar bandar di negeri ini khususnya di Pulau Gaya, semalam setelah isu itu dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Kami melawat Pulau Gaya bagi melihat sendiri isu bekalan air di kawasan itu yang membabitkan peruntukan kerajaan lebih RM100 juta,” katanya. – BERNAMA

Kategori