Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Jam Dengan Hasil...

SHAH ALAM - Belum sempat merasai hasil samun, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai...

Peminat Cuba Runtuhkan Rumah...

KUALA LUMPUR - Pelakon Wawa Zainal mendedahkan rumah tangganya dengan pelakon Aeril Zafrel nyaris...

MotoGP: Petak Pertama Milik...

SEPANG - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez mencatat masa kurang dua minit...

Dong Zong Berani Sebab...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berani...

Perak Giat Operasi Larangan Merokok Di Taman Awam

IPOH – Jabatan Kesihatan Perak akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan di lebih 50 taman awam di negeri ini yang mula diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 1 Februari lalu.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata apabila penguatkuasaan penuh dilaksanakan 1 Jun depan anggota penguat kuasa tidak akan berkompromi dengan mereka yang masih tegar merokok di kawasan berkenaan.

“Mulai tarikh itu, sesiapa yang merokok di taman awam akan dikenakan kompaun RM5,000 atau penalti RM10,000 atau penjara 2 tahun.

“Pengunjung taman rekreasi menyokong penuh peraturan yang ditetapkan dan berharap Jabatan Kesihatan negeri akan menguatkuasakan larangan ini sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas program Operasi Penguatkuasaan Secara Pendidikan Larangan Merokok di Padang Polo di sini, hari ini.

Dr Mah berkata sebelum pelaksanaan larangan itu dilaksanakan, Jabatan Kesihatan Perak akan melakukan penguatkuasaan secara pendidikan di taman awam terlibat selama tiga bulan.


Beliau berkata sekurang-kurangnya 34 pasukan penguat kuasa di seluruh daerah di Perak akan menjalankan penguatkuasaan di taman awam.

Mengikut statistik Jabatan Kesihatan Perak, sejak Januari hingga Disember 2016, jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah 1,396 dan jumlah amaun kompaun yang dibayar RM149,045.

Bilangan kes yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah pula adalah 33 dengan jumlah amaun denda melibatkan RM10,130, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

Kategori