Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anggota PBS Perlu Bijak,...

KUNDASANG - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu...

Dr Fadi Ditembak Mati...

KUALA LUMPUR — Beberapa pihak menganggap Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan...

Mahali Cedera: JDT Pertikai...

KUALA LUMPUR - Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berpuas hati dengan kecederaan...

Warga Emas Maut Dirempuh...

KANGAR - Seorang warga emas maut apabila kereta wira yang dipandunya dirempuh sebuah...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik Bola Sepak SUKMA

IPOH – Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir temasya sukan edisi ke-19 itu, di Stadium Perak di sini, malam ini.

Tampil selaku juara bertahan dalam dua edisi lalu, Perak yang beraksi di hadapan lebih 15,000 penyokong tampak gugup pada awal perlawanan dan hampir ketinggalan melalui sepakan sudut pemain tengah Kedah, Mohamad Hidhir Idris, namun tandukan rakan sepasukan, Aminuddin Abu Bakar sekadar singgah di palang gol tuan rumah pada minit ke-24.

Kedah sekali lagi mencemaskan kubu pasukan tuan rumah pada minit ke-37, apabila rembatan deras Mohamad Hidhir daripada luar kotak penalti hanya sedikit melewati palang gol yang dikawal Mohamad Nasrullah Abdul Aziz.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian bekas pemain kebangsaan, Chan Wing Hoong akhirnya dibolosi pada minit ke-64, hasil sepakan percuma pemain tengah Kedah, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam.

Bagaimanapun tiga minit berselang, Perak berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil daripada hantaran silang pertahanan kiri, Muhammad Nazirul Afif Ibrahim yang berjaya disudahkan penyerang, Muhammad Alif Safwan Mohd Sallhuddin.

Gol berkenaan ternyata menyuntik semangat pasukan tuan rumah menggandakan asakan dan pada minit ke-71, penyerang Perak, Muhamad Asyraaf Mat Pushni berjaya mencetak nama selaku penjaring melalui rembatan ke penjuru kanan gol yang dikawal, Muhd Asri Muhamad akibat situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol Kedah.


Kedudukan berkenaan kekal sehingga tamat perlawanan walaupun Kedah melancarkan serangan bertali arus ke kubu pasukan tuan rumah.

Sebagai rekod, Perak memenangi acara bola sepak Sukma pada edisi 2014 dan 2016.

Sementara itu, dalam aksi penentuan pingat gangsa, Sabah menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Lumut. – BERNAMA

Kategori