Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Menuju Status Penyiasatan...

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan: "Penjawat awam... hentikan...

261 Lagi Kes Baharu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 261 lagi kes baharu Covid-19 melibatkan varian yang membimbangkan...

Perlis Tidak Dalam Radar...

KANGAR – Kekurangan prasarana menyebabkan negeri Perlis tidak berada dalam radar pelabur, sekali...

Elizabeth Tan Akui Rapat...

TERKEJUT jadinya apabila muncul perkhabaran menyatakan Elizabeth Tan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama...

Perak Hadapi Tugas Getir Kekalkan Kedudukan Liga

IPOH – Perak berdepan tugas getir untuk mengekal kedudukan kedua Liga Super Malaysia 2018 selepas sekadar terikat 0-0 dengan Kedah di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Pengendalinya Mehmet Durakovic bagaimanapun tekad dalam memastikan Perak mencapai kemenangan dalam aksi menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini bagi merealisasikan sasaran itu.

“Kita tahu ia bukan tugas mudah kerana bermain di gelanggang lawan, namun dengan kemampuan pemain, saya percaya mereka mampu mengekalkan kedudukan pasukan pada ketika ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Dalam aksi semalam, Perak yang beraksi di hadapan lebih 7,000 penonton sendiri gagal meraih kemenangan walaupun Kedah turun tanpa tiga pemain import utamanya iaitu Liridon Krasniqi, Paulo Rangel dan Andik Vermansyah.

Mengulas mengenai perlawanan itu Mehmet yang juga bekas pemain kebangsaaan Australia menjelaskan kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan menghiburkan, namun ketiadaan penyudah berkesan sedikit mencacatkan tempo permainan.

Sementara itu, pengurus Kedah Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata keputusan seri itu amat bermakna dalam usaha pasukannya untuk bersaing merebut kedudukan ketiga dalam liga.

Katanya ketiadaan Krasniqi, Vermansyah akibat kecederaan cedera dan Rangel yang digantung perlawanan amat memberi kesan selain Kedah terpaksa bergantung harap kepada beberapa pemain muda daripada skuad piala presiden.


Dalam perkembangan lain, beliau memberi jaminan akan melepaskan tiga tonggak utama pasukan untuk menjalani latihan pusat skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, bulan depan.

Tiga pemain tersebut Mohd Rizal Mohd Ghazali, Badrol Bakhtiar dan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim akan dilepaskan selepas pertembungan terakhir Liga Super menentang PKNP di Stadium Darul Aman, 29 Julai ini.

Katanya walaupun mengakui pemergian mereka sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pasukan, namun panggilan untuk mewakili skuad negara perlu diberi keutamaan.

Pada 22 Julai lalu jurulatih Skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee meluahkan kekecewaan kerana terdapat beberapa pasukan enggan melepaskan pemain bagi terus beraksi dalam kempen Piala Malaysia yang dijadual bermula awal Ogos depan.

Kim Swee dalam kenyataannya turut berpendapat ia adalah masalah utama yang akan menjejaskan strateginya untuk mempersiapkan skuad terbaik bagi menghadapi temasya sukan itu. – BERNAMA

Kategori