Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azwan Ali Tak Mahu...

NAMPAKNYA kali ini pengacara sensasi, Azwan Ali dilihat enggan memberikan sebarang komen mengenai...

Tiada Pengiraan Undi Awal...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya telah berlaku pengiraan...

Mahkamah Benar Pelepasan Sementara...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad...

How exactly to Write...

This enlightening post offers the responses to diverse questions about essay writing and...

Penyokong Jangan Terpengaruh Anasir Luar – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta penyokong bola sepak Johor tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu memburuk-burukkan pasukan dari negeri itu.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah, rakyat Johor perlu bermuafakat dan bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan kepada mereka.

“Kepada rakyat Johor sekalian, marilah kita bermuafakat dan bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan.

“Seperti yang anda saksikan sendiri, kita dikurniakan dengan rezeki yang luas berbanding pasukan lain dalam tanah air,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.


Tuanku Ismail bertitah, rezeki yang diperoleh bola sepak Johor kerana PBNJ sentiasa mengutamakan usaha untukmenambah baik organisasi dan tidak menjaga `tepi kain orang’.

“Dalam sukan, kejayaan tidak bermaksud sentiasa menang tanpa merasa kalah. Kejayaan juga dalam aspek memiliki organisasi yang konsisten, profesional dan diiktiraf,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori