Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembelian Hotel London: Tangkapan...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada tangkapan akan dilakukan berhubung...

Warga Emas Hilang Dijumpai...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika memancing bersendirian...

GAMBAR: Proton Lancar Kereta...

TANJUNG MALIM - Proton Holdings Bhd melancarkan kereta kompak pertamanya, Iriz yang dijual...

Masalah Sosial, Jenayah: Usah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjelaskan permasalahan sosial dan jenayah...

Penyelia Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

KUALA TERENGGANU – Seorang penyelia stor sebuah syarikat milik kerajaan negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 pada tahun 2015.

Zamri Jusoh, 55, dituduh menerima wang suapan daripada Tham Mun Hing, pemilik syarikat pembekal barang alat ganti dan baja sebagai upah kerana berurusan dengan syarikat pembekal itu menerusi akaun milik isterinya, Siti Noor Hidayah Deraman.

Zamri dituduh melakukan perbuatan itu antara bulan Mei hingga Disember di pejabat Ladang Ketengah Perwira Sdn Bhd, Kemaman, pada tahun 2015.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Hakim Rofiah Mohamad menetapkan wang jaminan berjumlah RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Okt depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh. – BERNAMA

Kategori