Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azwan Ali Tentang Abangnya...

KUALA LUMPUR - Suasana penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa...

MH17: Malaysia Terus Desak...

KUALA LUMPUR - Perjuangan mencari kebenaran dan keadilan berhubung penembakan jatuh pesawat MH17...

Media Hanya Beri Liputan...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kesal kerana media...

Luahan Adik Farid Kamil...

PELAKON, Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil telah mencoretkan...

Penyamun Warga Asing Guna ‘Pepper Spray’ Ditahan

KUALA LUMPUR – Lapan warga asing termasuk tiga wanita yang aktif melakukan kegiatan samun menggunakan ‘pepper spray’ (penyembur lada) ditahan sejurus melakukan jenayah itu di sebuah pasaraya di Serdang dekat sini, Ahad lepas.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kumpulan berkenaan bertindak menyembur ‘pepper spray’ ke arah seorang lelaki berusia 40 tahun sebelum mengambil wang tunai RM4,000 milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata mangsa bertindak mengejar kumpulan warga asing berkenaan dan berjaya menahan lelaki warga Filipina berusia 40 tahun.

“Soal siasat terhadap lelaki berkenaan membawa kepada penangkapan tujuh lagi rakan suspek di beberapa perhentian bas di sekitar ibu negara pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata enam warga Filipina dan seorang warga India berusia 25 hingga 50 tahun itu dipercayai mahu melarikan diri ke Thailand.


“Modus operandi kumpulan ini sememangnya ragut menggunakan ‘pepper spray’ dan mereka dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang,” katanya

Megat Mohamad Aminuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori