Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mengapa Mamalia Laut Seperti...

LAUT biru yang terbentang luas pastinya tersingkap segala macam spesis hidupan air dengan...

Hishammuddin Ulangi Sebab Tidak...

KLUANG - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan...

790,186 Rakyat Malaysia Disenarai...

SEPANG - Seramai 790,186 rakyat Malaysia telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada...

Wanita Gagal Cubaan Bunuh...

KOTA KINABALU - Cubaan seorang wanita terjun dari jambatan disyaki untuk membunuh diri...

Polis Perak Cekup Penyamun Beg Tangan Wanita Di Masjid

BAGAN SERAI: Ibarat kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang berlaku kepada seorang pencuri yang aktif mencuri beg tangan jemaah wanita di beberapa masjid di daerah Kerian yang kini telah berjaya diberkas oleh pihak polis Ahad lalu.

Suspek yang berusia 28 tahun telah ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah rumah yang beralamat di Jalan Baru, Alor Pongsu, Kerian, seawal jam 7 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Omar Bahktiar Yaacob berkata, sebuah pasukan khas ditubuhkan selepas berlakunya dua kejadian kecurian di dua masjid pada 3 Oktober di masjid Tebuk Panchor dan kejadian kedua pada 8 Disember di Masjid Tinggi dalam daerah sama.

“Dua wanita membuat laporan polis berikutan beg tangan mereka dilarikan pencuri sewaktu menunaikan solat di masjid berkenaan.

“Pada 13 Disember lalu, jam 7 pagi sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bagan Serai, Inspektor Azhazarul Khairi Ab Hamid, bertindak menyerbu sebuah rumah yang beralamat di Jalan Baru, Alor Pongsu dan hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu beg tangan wanita yang mengandungi kad pengenalan, kad bank, buku bank, kad pesara kerajaan, dompet wanita, sebuah loket dan seutas gelang tangan emas,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


Selain itu menurutnya, turut ditemui sebilah kerambit disembunyikan di dalam beg tangan berkenaan dipercayai milik suspek dan digunakan untuk aktiviti jenayah yang dilakukan.

Suspek lelaki itu turut dilaporkan mempunyai empat rekod jenayah lampau itu. – Sumber: MyMetro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QdxDT4-mB2U&w=560&h=315]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori