Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM10 Juta Untuk Usahawan...

LIPIS : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM10 juta kepada 950 usahawan...

KPKT Cadang Garis Panduan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mengeluarkan garis panduan...

Piala AFC: Safiq Rahim...

JOHOR BAHRU - Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim mahu rakan sepasukannya...

Gabenor Baharu Perlu Mampu...

KUALA LUMPUR - Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr. Sukhdave Singh berkata...

Penyamun Lelaki Menyamun Dengan Berbaju Kurung!

Segamat – “Kononnya dia berpakaian wanita kerana menghormati saya sebagai seorang warga emas,” kata seorang suri rumah yang berdepan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Jawa, Buloh Kasap di sini, dimasuki tiga penjenayah termasuk seorang berpakaian baju kurung dan bertudung, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Khatijah Suratin, 68, terkejut apabila disergah tiga lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita dan bersenjatakan parang sebaik menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersendirian di rumah kerana suaminya, Ilham Marion, 74, berada di surau berdekatan apabila keluar untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

“Selesai solat Subuh, saya ke dapur untuk membasuh kain dan ketika itu muncul tiga lelaki termasuk seorang yang memakai baju kurung manakala seorang lagi memegang parang.

“Mereka tidak menutup muka dan terus menggeledah rumah termasuk bilik tidur sambil memberi amaran supaya tidak menjerit sekiranya tidak mahu diapa-apakan,” katanya ketika ditemui, semalam. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori