Penyampai TV Makan Puding Diperbuat Dari Darah Sendiri

LONDON – Seorang penyampai TV, Dr Michael Mosley akan melakukan satu eksperimen yang agak `menjijikkan’ iaitu makan puding yang diperbuat daripada darahnya sendiri.

Ujian berkenaan akan dilakukan dalam satu dokumentari The Wonderful World of Blood bagi melihat darah dengan lebih mendalam dari aspek perubatan.

Dalam ujian yang dilakukan itu, beliau akan menjalani enam eksperimen dengan menggunakan darahnya termasuk menyuntik bisa ular untuk melihat bagaimana darah membeku dalam masa beberapa saat.

michael1

Beliau juga akan terlibat dalam dokumentari 9 Months That Made You yang akan memperlihatkan bagaimana pembentukan bayi.

Dr Mosley yang merupakan bekas eksekutif bank, sebelum ini telah mencipta diet intermittent fasting yang turut diikuti oleh selebriti seperti Jennifer Aniston, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Lopez.

Dalam rancangannya di televisyen sebelum ini. Dr. Mosley yang mendapat pendidikan di Universiti Oxford telah mengkaji dunia parasit bagi menentukan bagaimana kesihatan manusia terjejas sebaik sahaja keluar dari perut ibu.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=_LVoMevJQI4

Loading...