Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

116 Kematian Dicatat 5...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,274 kes kemalangan dan 116 kematian dicatatkan dalam tempoh...

P.Pinang Cadang Bina ‘Airport’...

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini diberitahu...

Salah Tangkap Khalwat, Suami...

SEPASANG suami isteri mendapat malu besar apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat...

Turutan Gambar Pilot Jordan...

UMURNYA hanya 26 tahun...Ajalnya begitu ngeri apabila dibakar hidup-hidup dalam sangkar oleh sebuah kumpulan...

Penutupan Tourism: Pelancongan Melaka Tak Terjejas – Idris

SEPANG – Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri mempromosi dan menarik kehadiran pelancong, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang bergantung kepada sektor pelancongan dalam penjanaan ekonomi, kerajaan negeri melalui Tourism Melaka telah merangka pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri itu.

“Tourism Melaka mempunyai struktur pentadbiran yang lengkap meliputi bahagian pemasaran, promosi, penjualan, selain tabung amanah yang diwujudkan bagi digunakan untuk tujuan aktiviti pelancongan.

“Jadi, kita lihat kewujudan pejabat Tourism Malaysia di Melaka hanya sekadar hiasan, keberadaan atau ketiadaannya tidak memberi kesan ketara kepada pelancongan negeri,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan pada Isnin lepas untuk menutup pejabat Tourism Malaysia di setiap negeri yang berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Idris berkata pihaknya melihat keputusan itu sebagai satu ‘pemberitahuan’ mengenai peranan yang harus dimainkan kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pelancongan masing-masing, selain mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.


Terdahulu, Idris menyambut ketibaan penumpang China dari Guangzhou menerusi penerbangan China Southern Airlines sempena program ‘Fabulous Melaka’, program kerjasama antara kerajaan Melaka dan Malaysian Aiports Holdings Berhad (MAHB).

Program itu bertujuan mempromosi Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan menerusi pintu masuk utama negara di KLIA dan klia2, bermula Khamis lepas hingga 15 Feb ini.

Mengenai pelancong China, Idris berkata kerjasama dengan MAHB akan memastikan sasaran kemasukan 1.5 juta pelancong ke Melaka tahun ini menjadi kenyataan berbanding 1.35 juta yang direkodkan tahun lepas.

Melaka menerima kira-kira 16.28 juta pelancong tahun lepas dan pelancong China merangkumi 8.3 peratus daripada jumlah itu, katanya. – BERNAMA

Kategori