Penutupan Lorong Laju Di Lebuhraya Elite

KUALA LUMPUR – Lorong paling kanan di KM34.7 hingga KM34.9 di antara Persimpangan Bertingkat KLIA dan Nilai (Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) akan ditutup bermula 9 pagi pada 26 September hingga 10 Oktober ini.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lorong berkenaan akan ditutup bagi membolehkan kerja-kerja awalan sebuah pembinaan persimpangan bertingkat baharu dilaksanakan di lokasi itu.

Menurut kenyataan, PLUS turut menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan pihak PLUS.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000. – BERNAMA

Loading...