Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

K.Lumpur Maklumkan Jakarta Jerebu...

TAIPING - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memaklumkan kepada negara jiran...

Mahathir Gadai Prinsip Demi...

KUALA LUMPUR - "Amat malang seorang yang cukup tegas menolak demonstrasi haram sanggup...

6 Tindakan Perkhidmatan Kesihatan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan bakal melaksanakan enam tindakan bagi menangani pelbagai isu...

Mufti Minta Polis Dedah...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mahu...

Penuntut Universiti Antara Merempit Di BORR

BUTTERWORTH – Lima lelaki termasuk seorang penuntut universiti ditahan ketika sedang merempit dalam Ops Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka yang berusia 19 hingga 23 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis yang menjalankan operasi di kawasan itu bermula 10 malam dan berakhir tujuh jam kemudian.

“Polis yang membuat penyamaran di kawasan itu menahan lima lelaki berkenaan ketika sedang berlumba dan merempit sesama mereka, tindakan mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya lain.

“Ada yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun gagal kerana kami telah mengepung kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata BORR merupakan kawasan tumpuan samseng jalanan dan pihaknya akan meneruskan operasi membanteras mat rempit di kawasan itu dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Kategori