Penunggang Motosikal Maut, Rakan Cedera Parah

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik di Jalan Singgahmata dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, penunggang motosikal Mohammad Heiryzal Abdul Mutholib,19, maut akibat cedera parah pada kepala manakala pembonceng Mohammad Alfian Ismail,15, mengalami kecederaan parah pada kepala.

Ketus Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah lampu isyarat pintas ke bandar Lahad Datu bergerak laju semasa melalui jalan selekoh dan menuruni bukit sehingga menyebabkan ia terbabas dan merempuh tiang di tepi jalan.

“Orang awam yang melalui kawasan itu membantu menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Lahad Datu, bagaimanapun penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di hospital manakala pemboncengnya masih mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA