Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Parah Dihempap Kereta...

KUALA TERENGGANU - Pesara Jabatan Kimia, Musa Ngah, 55, yang cedera parah selepas...

Guna Bas Persiaran Seludup...

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan menahan 31 pendatang tanpa...

6 Tapak Pelupusan Alami...

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam tapak pelupusan sisa pepejal (TPS) didapati mengalami isu...

Buaya Tembaga Timbul Apabila...

KUANTAN - “Bila jerit saja nama ‘Awang’ sambil baling bangkai dan kulit ayam...

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Kereta

MARANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 35 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Serating, di sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 7.25 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Hanafi Ibrahim, 24, terbunuh di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Batu Enam, Chendering menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dari arah Dungun menuju ke Kuala Terengganu.

Bagaimanpun, sebaik tiba di lokasi nahas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 27 tahun dipercayai hilang kawalan lalu masuk kelaluan bertentangan dan melanggar mangsa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori