Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raptai Hari Terakhir Sambutan...

PUTRAJAYA - Raptai penuh persembahan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2018 melibatkan kira-kira...

Luahan Mengejutkan Pesakit Kanser...

SAYU apabila membaca luahan hati seorang pesakit di Institut Kanser Negara, Putrajaya yang didakwa...

2 Buah Rumah Panjang...

MIRI – Seramai 450 penghuni dua buah rumah panjang kayu di Sibuti yang...

Izzue Enggan Bersentuhan Aktres...

ANAK jati kelahiran Kelantan Izzue Islam atau nama sebenar beliau Muhammad Izzul Islam...

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Rempuh Belakang Kereta

BUTTERWORTH – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaan yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Permatang Pauh, di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9 pagi itu, Muhammad Ridzuan Mohd Shukri, 22, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Permatang Pauh, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Suasana di lokasi kemalangan hiba apabila ayah mangsa yang tiba di tempat kejadian menangis serta memeluk jenazah anaknya. Beliau juga dilihat langsung tidak mampu berjalan dan terpaksa dipapah orang ramai.

Jurucakap polis berkata Muhammad Ridzuan yang tinggal di Penaga, Kepala Batas bekerja di syarikat milik ayahnya.

“Mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi itu dipercayai merempuh belakang sebuah kereta ketika mahu memotong kenderaan itu menyebabkan dia terpelanting ke atas jalan,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, adik mangsa, Muhammad Sakhawi Mohd Shukri, 19, berkata abangnya yang juga anak kedua daripada lima beradik sering menunggang motosikal dari rumah mereka ke tempat kerjanya.

“Pagi tadi kami sempat minum pagi bersama sebelum saya keluar untuk ke Kolej Teknik di Butterworth. Abang memang seorang yang baik dan tidak kedekut.

“Kami semua masih terkejut dengan kemalangan yang menimpa abang kerana sebelum ini arwah memang selalu ikut konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama ayah ke seluruh Malaysia dan negara luar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori