Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TNB Nasihat Waspada Guna...

KUALA LUMPUR - Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi,...

Cacar Monyet Rekod Lebih...

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan terdapat 21 kes cacar monyet...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Khas...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas...

Badan Melecur Tong Gas...

SEORANG lelaki melecur teruk pada bahagian belakang badan tong gas memasak meletup di...

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Langgar Kereta

KANGAR – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaan yang ditungganginya itu bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Ulu Pauh-Padang Besar di Chuping, semalam.

Ketua Trafik Polis Daerah Padang Besar ASP Shamsudin Ali berkata Azizan Darus, 51, yang datang dari arah Padang Besar, mati di tempat kejadian akibat kemalangan pada pukul 7.16 petang.

“Azizan dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan tetapi gagal mengelak sebuah kereta Nissan Almera dari arah bertentangan,” katanya semasa dihubungi.

Menurut Shamsudin mangsa, yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, meninggal selepas tercampak dari motosikal manakala motosikalnya pula terbakar.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah dan dibawa pulang ke kediamannya di Desa Bayan, Jalan Merbah di Bayan Lepas selepas selesai bedah siasat hari ini, katanya.

Shamsudin berkata pemandu Nissan Almera berusia 32 tahun dari Alor Setar tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]axaYhrpA96I[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori