Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Anjing Mengamuk, 20 Orang...

Seekor anjing telah menggempar sebuah bandar di Guizhou, China apabila ia dengan liarnya...

Gambar Trump Jadi Latar...

DUBLIN - Sebuah bar di Dublin menghias tempat buang air kecilnya dengan potret...

Pahang Menang Bola, Pak...

KUANTAN - Selepas mencipta sejarah berjalan kaki secara solo sejauh 280 kilometer dari...

Ahmad Zahid Perlu Hadir...

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan hadir...

Penternak Kambing Peroleh Pendapatan RM9K Sebulan

ARAU – Bermula dengan sepasang kambing jantan betina pada 2003, Husnizar Hussin, kini memiliki 140 ekor haiwan ternakan tersebut, termasuk kambing pedaging

Bekas peniaga kedai makan berusia 38 tahun itu membuktikan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menternak kambing boleh menghasilkan pendapatan lumayan, hingga kira-kira RM9,000 sebulan.

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana saya juga menyediakan kambing untuk ibadah korban,” katanya semasa ditemui di kandang ternakan kambing di belakang rumahnya di Kampung Alor Merah, Jalan Kolam Air, Arau, di sini.

Beliau berkata apabila perniagaan kedai makannya tidak mendapat sambutan, beliau mula berjinak sebagai penternak kambing tanpa memohon sebarang pinjaman atau bantuan daripada mana-mana pihak.

“Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha bersungguh-sungguh, hari ini saya menikmati hasilnya,” katanya yang mempunyai sebuah lagi kandang ternakan berhampiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan) Dr Ahmad Salleh dan pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis Dr Zulkifli Ahmad hari ini meluangkan masa melihat usaha penternak berjaya itu.

Leh berkata JPV turut menyumbang mesin memerah dan mempasteur susu baru-baru ini, selain menerima seekor kambing jantan baka Boer lima tahun lepas.


Beliau berkata sumbangan mesin tersebut memudah kerjanya sehingga dapat memerah hampir 22 liter susu sehari yang diedarkan hingga ke luar Perlis, selain menjual daging kambing segar dan secara borong.

Sebotol 500ml susu kambing dijual dengan harga RM8.

Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat Leh boleh menghubungi talian 013-4560789. – BERNAMA

Kategori