Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Syabas Wujudkan Pelan Kesiapsiagaan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyediakan pelan kesiapsiagaan...

Kerjasama UMNO-PAS Hikmah Kepada...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berharap saranan...

Pengecualian Cukai 50% Atas...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya, Kerajaan hari ini mengumumkan pengecualian cukai ke...

Kaunter Pertanyaan SST Akan...

KUALA LUMPUR– Kementerian Kewangan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membuka...

Penolong Jurutera Awam Minta Rasuah Direman

SEREMBAN – Seorang Penolong Jurutera Awam yang bertugas di Jabatan Kerja Raya, disini, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, selepas disyaki menyalah gunakan kuasanya dan terlibat dalam perbuatan rasuah.

Perintah tahanan reman terhadapnya dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majisret Seremban di sini, hari ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim bagi membantu siasatan mengikut Seksyen17 (a) ASPRM 2009.

Suspek berusia 42 tahun itu dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih kurang RM18,000 secara berperingkat daripada sebuah syarikat sebagai balasan mempercepatkan urusan memperakukan kerja-kerja yang dijalankan syarikat terbabit.

Syarikat tersebut telah dilantik sebagai kontraktor untuk melaksanakan projek Pembinaan Dewan Badminton di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau bernilai hampir RM2.2 juta.

Suspek dipercayai telah melakukan kesalahan itu antara Januari 2012 hingga Mei 2013.


Suspek ditangkap pada 3.30 petang Selasa di Pejabat SPRM Negeri Sembilan bagi membantu siasatan mengikut seksyen17 (a) ASPRM 2009. – BERNAMA

Kategori