Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Komando Didakwa Miliki Kemeja-T...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota komando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di...

Tidak Hormat Lagu Negaraku...

KUALA LUMPUR - Tindakan lapan individu termasuk seorang wanita yang tidak menghormati dan...

Dikecam Hina Vegan Dengan...

HANYA kerana memuat naik gambar sarapan pagi berupa telur dan daging, pegawai polis...

APM Sasar Tiga Juta...

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan tiga juta keanggotaan pada 2018, kata Menteri di...

Penjenayah Komputer Rusia Mengaku Bersalah

WASHINGTON – Penggodam Russia yang pada satu ketika mengawal lebih 100,000 komputer secara global menerusi botnet yang diciptanya mengaku bersalah melakukan jenayah komputer dan mencuri identiti semalam.

Peter Levashov, 37, diekstradisi Februari lalu ke Amerika Syarikat dari Sepanyol, lokasi beliau ditangkap lebih setahun lalu susulan waran dikeluarkan Washington.

Beliau dikatakan mendalangi siri botnet antarabangsa dan operasi spam sejak 1990-an, kebanyakannya botnet Kelihos, yang dipajakkan kepada orang lain untuk mencuri identiti, mencetuskan gelombang spam dan menuntut tebusan daripada pemilik komputer.

Pada 7 April 2017, pihak berkuasa AS menghapuskan Kelihos ketika pihak berkuasa Sepanyol menahan Levashos yang memasuki negara itu di lapangan terbang Barcelona.

Projek Spamhaus, yang mendokumenkan spam, botnet, malware dan masalah lain, pada ketika itu menggelar Levashos, ‘seorang daripada pakar penjenayah spam paling lama beroperasi di internet’.


Semalam, Levashov bersetuju mengaku bersalah kepada satu tuduhan menyebabkan kerosakan disengajakan kepada komputer dilindungi, satu tuduhan konspirasi, satu tuduhan penipuan menerusi talian dan satu tuduhan kecurian identiti.

Hukumannya dijadualkan dijatuhkan pada 6 September 2019. – AFP/BH ONLINE

Kategori