Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Ketiga Lengkap Berpakaian,...

SRI AMAN - Mayat ketiga susulan tragedi helikopter hilang Khamis lepas, ditemkani di...

Lambakan Kondom, Maryam Lee...

KUALA LUMPUR - Gara-gara membawa terlalu banyak kondom ketika melawat Indonesia, aktivis politik...

PNM Bantu Penyelidik Kaji...

KUALA LUMPUR - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menggalakkan lebih ramai pengkaji naskah Al-Quran...

Gempa 5.4 Skala Richter...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter telah menggegarkan...

Penjawat Awam Terlibat Banjir Diminta Buat Tuntutan Insurans

KUALA LUMPUR – Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) menasihati penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan perbendaharaan tetapi ditimpa musibah banjir baru-baru ini supaya membuat tuntutan insurans.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memberitahu, tuntutan itu boleh dibuat kepada panel insurans masing-masing meliputi kerosakan struktur bangunan.

“Tuntutan boleh dibuat melibatkan kerosakan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya.

“Tuntutan insurans juga meliputi kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir, tangki air pecah, kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, penjawat awam terlibat boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans masing-masing.

Kata kenyataan itu, maklumat lanjut boleh dilayari dengan melayari laman web http://bpp.treasury.gov.my dan meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121/2021/2312/2949/2626. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori