Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Jangan Terlalu Banyak Guna...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran agar mengurangkan penggunaan 'kata...

47 Kenderaan Terlibat Kemalangan...

KANSAS - Seorang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 47 kenderaan...

Pemohon RMMJ Diminta Kemas...

JOHOR BAHRU – Pemohon Skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) diminta mengemas kini...

Zarith Sofia Didenda RM27,000...

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia menyimpan dan...

Penjawat Awam Sarawak Nikmati Naik 1 Tangga Gaji

MIRI – Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat awam kerajaan negeri, selari dengan kenaikan gaji tahunan penjawat awam persekutuan seperti yang diumumkan Rabu lepas.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kenaikan gaji tahunan tersebut telah dipersetujui oleh kerajaan negeri manakala tarikh penguatkuasaan akan diserah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani untuk tindakan selanjutnya.

“Kita telah bersetuju beri dua kali kenaikan kepada penjawat awam kerajaan negeri Sarawak sama seperti penjawat Kerajaan Persekutuan,” katanya selepas merasmikan Program Sejiwa Senada 2018 di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) hari ini.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam persekutuan, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Dalam pengumuman itu, Najib dipetik berkata penjawat awam akan mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan, di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima pada 2018. – BERNAMA

Kategori