Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Modus Operandi Penyamar LHDN

BEBERAPA hari lalu Mynewshub mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan jenayah Macau Scam...

Kerajaan Mahu Melahirkan Bukan...

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan mahu melahirkan bukan sahaja golongan yang pandai tetapi...

Khalid Ibrahim Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan...

Anak Erra Fazira, Engku...

DI Hollywood, anak Tom Cruise dan bekas isterinya, Katie Holmes, Suri Cruise sering...

Penjawat Awam Perlu Celik ICT Sumbang Kejayaan Perkhidmatan

SANDAKAN – Penjawat awam di negeri ini perlu celik teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai penyumbang kejayaan pelaksanaan aplikasi ICT kerajaan dalam pelbagai perkhidmatan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Charles O. Pang Su Pin berkata penjawat awam yang tidak celik ICT bakal tercicir daripada arus perkembangan sektor perkhidmatan awam yang berubah secara pantas.

“Ketidakmampuan penjawat awam dalam menghadapi cabaran ini menyebabkan mereka tertinggal di belakang daripada arus kemajuan perkhidmatan awam,” katanya ketika merasmikan Seminar ICT Sektor Awam Wilayah Sandakan di sini, Selasa.

Charles berkata penjawat awam yang tidak celik ICT berkemungkinan besar menjadi penghalang kepada kejayaan pelaksanaan aplikasi kerajaan dalam usaha kreativiti dan inovasi berteraskan kerajaan pintar.

Beliau berkata ICT merupakan alat kepada transformasi penyampaian perkhidmatan bagi mencapai kemajuan dan kecemerlangan.


Katanya penjawat awam hendaklah celik teknologi maklumat dan sentiasa meningkatkan pengetahuan mengenai ICT kerana hampir semua urusan kerajaan memerlukan bantuan ICT untuk mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.

Beliau berkata langkah kerajaan negeri menyediakan rangkaian komputer dalaman iaitu Sabah.Net pada 2000 sangat tepat bagi penggunaan mel elektronik atau emel dalam kalangan pentadbir negeri dan perkhidmatan awam negeri.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer negeri Dr Mingu Jumaan berkata penganjuran seminar itu bagi meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan penjawat awam negeri.

Katanya seminar itu dapat memberi pendedahan kepada penjawat awam yang tidak diberikan peluang terhadap pendedahan dari segi perubahan teknologi menerusi perspektif ICT. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori