Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Tempoh Rawatan Zamani Telah...

INDUSTRI hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita mengenai bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim...

Paramedik Dipecat Selepas Memuat...

Seorang paramedik dipecat serta-merta oleh pegawai kesihatan selepas memuat naik gambar 'selfie' yang...

Pemandu Maut, Seorang Cedera...

SEREMBAN – Seorang pemandu lori tangki maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan...

Bayar Deposit Kereta Idaman...

SEORANG lelaki dari Zhengzhou, China mendapat perhatian susulan tindakannya menggunakan 100,000 syiling untuk...

Penjagaan Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

SEREMBAN – Tugas menjaga kebersihan alam sekitar bukan tanggungjawab mutlak syarikat konsesi semata-mata, tetapi memerlukan kerjasama semua pihak untuk kesejahteraan bersama, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong.

Beliau berkata ia memerlukan budaya permuafakatan tiga penjuru di antara pihak kerajaan yang menyediakan kemudahan, syarikat konsesi yang bertanggungjawab mengutip sisa pepejal dan pembersihan awam serta orang awam yang harus mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

“Muafakat daripada semua pihak amat penting. Jika tidak, maka gagallah hasrat kerajaan bagi membudayakan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar yang akan memberikan kesan kepada generasi akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ‘Kitarecycle’ di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), Ho De Keong.

Beliau berkata keberhasilan muafakat yang jitu akan dapat memberikan kesan positif yang dapat dinikmati oleh semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar.

Katanya kesejahteraan bandar akan dapat dicapai daripada amalan dan budaya kebersihan yang dilaksanakan oleh rakyat secara menyeluruh, bukan sahaja hidup dalam harmoni, malah bersama-sama menjaga alam sekitar agar dapat dinikmati oleh generasi pada masa hadapan.

Berhubung aktiviti kitar semula, beliau berkata ramai yang mengetahui dan faham tentang kitar semula, namun tidak ramai yang berjaya menjadikannya sebagai budaya dan amalan harian.

“Di negara maju seperti Jepun dan Korea, amalan kitar semula telah menjadi satu budaya dan tatacara kehidupan seharian penduduknya. Penduduknya amat prihatin dengan sisa yang dijana dan menguruskannya dengan berhemah,” katanya.


Ho berkata pengasingan sisa di punca telah menjadi salah satu usaha untuk mengurangkan sisa pepejal di negara ini berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Akta 672 yang mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.

Katanya kajian dijalankan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara pada tahun 2017 menunjukkan sebanyak 40,500 tan sisa pepejal dijana sehari dan secara puratanya menunjukkan setiap penduduk Malaysia menghasilkan sebanyak 0.8kg hingga 1.5 kg sampah sehari dan angka itu dijangka terus meningkat.

Berhubung ​​​​​​​program ‘Kitarecycle’, beliau berkata program itu akan dijalankan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dan buat permulaan sebanyak 20 sangkar ‘Kitarecycle’ akan dipasang oleh Syarikat ICycle Sdn Bhd iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh Fakulti Kejuruteraan Universiti Multimedia.

“Kerjasama strategik SWM Environment bersama ICycle Sdn Bhd membangunkan program ‘Kitarecycle’ adalah untuk menggalakkan aktiviti kitar semula dalam kalangan komuniti melalui pemberian ‘Recycle Points’ iaitu mata ganjaran yang boleh dikumpulkan untuk ditukar bagi hadiah menarik termasuk baucar membeli-belah,” katanya. – BERNAMA

Kategori