Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Alih Wang...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang didenda RM4,000 atau penjara dua bulan oleh...

AS, Korea Selatan Terbangkan...

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menerbangkan beberapa pesawat perang termasuk jet...

Terengganu Bakal Tubuh TFC...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bakal menubuhkan Terengganu Football Club (TFC) Sdn...

Mahathir Meroyan Jemputan Dibatalkan!

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad bersikap kebudak-budakan apabila menuduh kononnya Istana...

Penjaga Kolam Udang Berdepan Tuduhan Liwat

JOHOR BAHRU – Seorang penjaga kolam udang yang sebelum ini mengaku bersalah atas lima pertuduhan meliwat dan melakukan seks luar tabii terhadap dua anak tiri lelakinya berusia 11 dan tujuh tahun, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh berusia 24 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun selepas pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah dan memohon dibicarakan.

Tertuduh sepatutnya dijatuhkan hukuman pada hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut ketika pertama kali dihadapkan di mahkamah pada 24 Julai lalu.

Dia yang ketika itu belum diwakili peguam didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa lokasi antara April tahun lalu hingga Julai lepas.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 377 (C) dan 377 (C) (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


Tarikh sebutan semula kes adalah pada 5 Sept dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, tertuduh tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali sebulan. – BERNAMA

Kategori