Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rumah Terbuka PM, Jemaah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli jemaah menteri akan...

Zahid Tak Wajar Anggap...

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilihat...

Isu Iktiraf UEC Perlu...

KAJANG - Isu pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus diselesaikan sebaik mungkin...

Kerjasama UMNO-PAS Mula Resahkan...

MESRA... Kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ramai pimpinan...

Peniaga Terpedaya Cabutan Bertuah Tanggung Rugi

KUANTAN – Seorang peniaga wanita kerugian RM9,100 selepas terpedaya dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan oleh seorang wanita di sebuah pasar raya Kuala Lipis pada 27 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 55, sebelum itu didatangi wanita berkenaan yang menawarkan cabutan bertuah ketika berada di pasaraya itu.

“Selepas membuat cabutan, mangsa didakwa memenangi hadiah wang tunai dan dibawa ke sebuah hotel untuk berjumpa dengan suspek kedua, yang juga seorang wanita, kemudiannya membuat tawaran kedua dengan menyuruh mangsa mangsa membayar RM3,000 bagi membolehkannya membawa pulang wang sebanyak RM9,000 itu.

“Mangsa seterusnya membuat bayaran pendahuluan RM500 dan beberapa hari kemudian, dia telah dihubungi oleh suspek bagi memilih hadiah sama ada mengambil wang tunai atau sebuah kereta,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan tawaran itu, telah melakukan lima transaksi wang ke dalam akaun yang diberikan dengan jumlah keseluruhan RM9,100.


Mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek meminta memasukkan RM5,000 lagi sebagai bayaran cukai yang dikenakan sebelum membuat laporan polis di di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori