Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hazami Pesan Supaya Nabil...

KONSERT pertama Gegar Vaganza 4, minggu lalu, mencetuskan satu isu panas apabila pengacara...

55 Warga Myanmar Diselamat...

GEORGE TOWN - Sebanyak 55 warga Myanmar berjaya diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan orang...

PRK: BN Tunggu Laporan...

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) akan mendapatkan laporan lengkap daripada Pengerusi Perhubungan BN...

Agong Akan Tentukan PM...

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah...

Peniaga, Penduduk Teruja Sambut PM Di Pantai Murni

YAN – Teruja untuk memasak hidangan sempena kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, seorang peniaga di Medan Selera Pantai Murni, di sini, tidak tidur semalaman malah mula memasak gulai seawal pukul 3 pagi tadi.

Rohana Shafie, 48, yang berniaga di Lot 9 medan selera terbabit berkata, persiapan untuk memasak peknga atau lempeng kelapa bersama gulai ikan temenung (ikan kembung), antara masakan ‘wajib cuba’ jika berada di Kedah, dibuat sejak petang semalam, bermula dengan membeli barang untuk dimasak seterusnya menyiang ikan temenung.

“Saya dan suami memang tidak tidur manakala tiga lagi pembantu tidur secara bergilir-gilir kerana tugas memasak gulai perlu dimulakan pada pukul 3 pagi, manakala peknga pula kami mula masak pada pukul 8 pagi… Alhamdulillah semua 200 set peknga berjaya dihidangkan pagi tadi.

“Rasa gembira…bukan semua orang berpeluang memasak hidangan untuk pemimpin nombor satu negara…jarang perdana menteri turun tempat kita, tak lena pun tak apa sebab bukan selalu dapat lalui pengalaman macam ini, apatah lagi bila peknga ini mendapat pujian beliau,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Najib mempunyai jadual yang padat di Kedah hari ini, bermula dengan bersarapan bersama penduduk setempat di Pantai Murni, sebelum menghadiri Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat di Tanjung Dawai, perjumpaan dengan masyarakat Siam di Padang Terap dan pertemuan bersama UMNO Kubang Pasu malam ini.

Sementara itu, peniaga air nira yang turut dihidangkan pada program sarapan itu, Nora Kasyamah Abdullah, 51, berkata beliau mendapatkan bekalan air nira itu di Sedaka dekat sini kira-kira 8 pagi tadi bagi mengekalkan kesegaran minuman yang cukup sinonim di daerah ini.

“Memang air nira dari Sedaka terkenal kerana kesegarannya, kami sudah membuat tempahan sebanyak 200 bungkus, namun hanya diambil pagi tadi agar rasanya kekal segar,” katanya.


Selain peknga dan air nira, menu lain yang turut dihidangkan ialah roti jala bersama kari ayam dan daging, apam serabai, pulut ikan masin (ikan tamban dan gelama), nasi lemak daun pisang, pulut udang, pulut inti, bihun goreng, serta kuih pulut sekaya dan tepung talam.

Seorang lagi peniaga, Sulaiman Mohd Zain, 49, pula berkata, dia mula memasak kari daging dan ayam sejak pukul 4 pagi tadi, sebelum terus membuat persediaan memasak 400 keping roti jala dan apam serabai.

“Selalunya saya mengambil tempahan untuk kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), hari ini rasa bangga sangat apabila berpeluang memasak hidangan untuk perdana menteri,” katanya.

Penduduk di sekitar daerah Yan khususnya Pantai Murni datang seawal 8 pagi kerana enggan melepaskan peluang melihat sendiri dan bertemu perdana menteri berjiwa rakyat itu. – BERNAMA

Kategori