Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Pegawai Imigresen Wanita...

DUA video memaparkan seorang pegawai imigresen wanita membelasah seorang lelaki warga asing ketika satu serbuan...

Azwan Kombos, Ezzaty Bakal...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah kerana tidak lama...

Malaysia Tak Akan Benar...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Malaysia tidak akan membenarkan kapal-kapal...

Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala bapa dan...

Peniaga Maut Selepas Kereta Dipandu Bertembung Lori

KOTA TINGGI – Seorang peniaga maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori di Km36, Jalan Johor Baharu-Mersing, berhampiran Kawasan Perindustrian Jalan Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kemalangan pukul 4 petang itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Chian Yock, 63, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori, Rahmat Sah Hamzah, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dipercayai kenderaan dipandu Chian Yock dari Johor Baharu menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Rahmat berkata siasatan mendapati tempat kejadian merupakan laluan lurus dan jalan dua hala manakala keadaan cuaca semasa kemalanagan juga adalah baik dan terang. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Y4NqI-P9PdU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori