Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasangan Beli Bot, Malangnya...

PASANGAN ini, Tanner Broadwell dan Nikki Walsh telah menjual semua harta mereka semata-mata...

Kisah Sweet.. Hadiah ‘Nasi...

Penangan Iphone 6 sememangnya luar biasa.Macam-macam versi kita dengar kisah telefon bimbit canggih...

The Titans Lepasi Saat...

KUALA TERENGGANU – The Titans melepasi episod kesukaran mereka dalam usaha memungut mata...

Boleh Bawa Anak Jalan...

PUTRAJAYA - Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan...

Peniaga Jangan Ambil Kesempatan Musim PRU14

KUANTAN – Peniaga di negeri Pahang diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan semasa kesibukan musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri, Datuk Mark Ujin berkata pihaknya akan meletakkan anggota penguat kuasa di kawasan-kawasan tertentu bagi mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang ingkar.

“Selain anggota penguat kuasa, kita juga ada pegawai pemantau harga yang bertugas setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad untuk memeriksa harga barangan keperluan di pasar atau pun pasar raya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDNKK Peringkat Negeri Pahang ke-46, di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, KPDNKK Pahang telah merampas pelbagai barangan bernilai RM154,545 membabitkan 334 kes atas pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Tahun lepas sebanyak 775 kes pelanggaran akta dan peraturan telah dikesan dalam tempoh yang sama melibatkan jumlah rampasan sebanyak RM671,471 dan penurunan dari segi kes disebabkan kesedaran pengguna s erta peniaga dan pemantauan berterusan oleh KPDNKK,” katanya.


Beliau berkata dalam tempoh sama, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 11,954 premis di seluruh negeri berbanding 14,248 premis pada tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

Kategori