Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tubuh Majlis Tindakan...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini...

Aiman Tino Bakal Menjalani...

PENYANYI Aiman Tino berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan membuang tonsil di bahagian tekaknya...

Air Pasang Besar: Politeknik...

SHAH ALAM - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Sabak Bernam membenarkan 4,600...

Isu Kontena Beras: Selatan...

KOTA KINABALU - Pembeli beras di Filipina memutuskan untuk mengetepikan Sabah dan Labuan...

Peniaga Dituduh Cuba Rasuah Anggota Polis

KOTA BHARU – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba merasuah seorang anggota polis Julai lepas.

Tertuduh, Mohd Nazri Mohd Noor, 46, meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Tertuduh dituduh secara rasuah menawarkan suapan berjumlah RM5,000 dengan memberikan kad mesin juruwang automatik (ATM) berserta nombor pin kepada Kpl Hadi Hasan dari Balai Polis Pasir Puteh, sebagai dorongan untuk melepaskan dia dan rakannya, Md Akbardarr Md Ridzan, 31, yang ditangkap atas kesalahan memiliki dadah dan senjata buatan sendiri.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut dalam sebuah kenderaan kereta peronda polis semasa dalam perjalanan ke Balai Polis Pasir Puteh pada 12.45 tengah hari, 5 Julai lepas.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan denda tidak melebihi lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Tertuduh diwakili peguam Nik Noor Nazri Nik Soh, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Shahidah Muslimah Roslan.

Mahkamah menawarkan jaminan RM5,000 dengan sebutan semula kes itu ditetapkan pada 20 Ogos. – BERNAMA

Kategori