Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kasih Anjur Seminar Tingkat...

SHAH ALAM - Menyedari betapa pentingnya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah seksual...

Masyarakat Masih Kurang Kesedaran...

IPOH - Perak tidak mempunyai masalah berkaitan bekalan air, namun kesedaran masyarakat dalam...

Jalur Gemilang Rezeki Berganda...

KUALA NERUS – Rezeki Jalur Gemilang! Itu reaksi gembira seorang tukang jahit, Sabariah...

Sudah Campak Ular, Dibawa...

SEORANG murid mendakwa, semua peserta yang menyertai progam bina diri dikelolakan Angkatan Pertahanan Awam...

Peniaga Ditahan Jual Air Ketum Di Medan Selera

BUKIT MERTAJAM – Seorang peniaga bukan sahaja berniaga makanan di kedainya malah turut di kesan menjual air ketum kepada pelanggan tetapnya di Medan Selera Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil risikan dan intipan sejak seminggu lepas, sepasukan anggota polis menyerbu kedai lelaki berusia 58 tahun itu kira-kira pukul jam 11 malam, Khamis lalu, dan menahan peniaga berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 93 bungkusan air ketum dalam dua kotak polistrin yang disembunyikan di bahagian dapur kedai lelaki itu di medan selera berkenaan.

“Semua air ketum bernilai RM930 itu dipercayai untuk pelanggan tetap peniaga berkenaan dan dia dipercayai menjalankan perniagaan sampingan tersebut (jual air ketum) sejak beberapa bulan lepas,” katanya di sini hari ini.

Katanya, lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut dan usaha mengesan pembekal air ketum berkenaan giat dijalankan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Ros Azhan berkata polis menahan tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di Alma dan Kampung Sekolah Juru, di sini, pada Khamis lalu serta merampas pelbagai jenis bahan terlarang berkenaan.

“Dalam serbuan pertama jam 8.15 malam di sebuah medan selera di Alma, polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan merampas 51 paket kecil ganja seberat 235.8 gram (g) bernilai RM710 serta wang tunai dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM11,425.


“Lelaki itu menjadikan kawasan medan selera berkenaan sebagai tempat menjalankan urus niaga menjual ganja sejak tiga bulan lepas. Dia yang positif dadah kini direman,” katanya.

Katanya, dalam serbuan kedua kira-kira jam 10 malam di Kampung Sekolah Juru, polis menahan dua lelaki berusia 40 dan 48 tahun yang sedang menjalankan urus niaga dadah dan merampas 14 paket heroin bernilai RM5,000.

Beliau berkata siasatan mendapati mereka menjadikan kawasan di situ untuk urusan jual beli dadah dan dua lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori