Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Subhanallah, Kaligrafi Indah Ini...

APABILA sebut mengenai kaligrafi, pastinya ramai yang terbayangkan lukisan berbahasa Arab yang dilukis...

Kedaulatan Negara Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali berkompromi dengan hal-hal...

Beras Merah Lebih Khasiat...

NASI merupakan makanan ruji masyarakat Malaysia dan telah sinonim dengan diet yang diamalkan...

Wanita Curi Cermin Mata...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri sepasang cermin mata bernilai RM1,099 di sebuah pusat...

Pengusaha Stesen Minyak Dakwa Komisen Gagal Tampung Kerugian

KUALA LUMPUR – Kenaikan komisen pengusaha stesen minyak sebanyak tiga sen didakwa gagal menampung kerugian akibat mekanisme apung harga minyak mingguan.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (BUMIPEDA), Datuk Abu Samah Bachik, berkata kenaikan komisen itu amat ditunggu sejak 10 tahun lalu.

“Sudah 10 tahun komisen tak naik, sedangkan kos operasi meliputi bil penyelenggaraan, elektrik dan gaji pekerja semakin meningkat.

“Bagaimanapun, kenaikan itu tidak dapat menampung kerugian yang boleh mencecah antara RM10,000 sehingga RM20,000 semalam.

“Sepatutnya, kerajaan perlu mengambil kira jumlah kerugian ditanggung pengusaha seperti yang pernah kita laporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kita juga pernah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) minggu lalu,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semalam menegaskan kenaikan komisen pengusaha stesen minyak dijangka dapat menampung sebarang kekurangan yang ditanggung pihak berkenaan.

Kali terakhir komisen dinaikkan adalah pada 2008 dan pengusaha menerima komisen sebanyak 12.19 sen untuk petrol dan tujuh sen untuk diesel.

Mengulas lanjut, Abu Samah berkata, penetapan harga produk petroleum secara mingguan pastinya menyukarkan kerana belum sempat rekod keuntungan dicatatkan, pengusaha perlu bersedia dengan perubahan harga yang akan diumumkan setiap Jumaat.


“Justeru, diharapkan kerajaan dapat mengkaji mekanisme yang digunakan secara berterusan supaya pengusaha tidak pening kepala, malah dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Penetapan secara bulanan diyakini dapat membantu pengusaha selaraskan kos dengan stok bekalan yang ada,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kebanyakan pengusaha stesen minyak runsing dengan mekanisme yang digunakan kerajaan, namun pelanggan adalah kelompok pengguna yang paling terkesan dengan kenaikan harga produk petroleum.

“Sekurang-kurangnya, pengusaha boleh cuba mencari jalan untuk berbincang dengan syarikat pembekal bagi menentukan jumlah stok produk petroleum yang dihantar supaya kerugian dapat diminimumkan, tetapi pengguna pula tidak ada pilihan lain kerana ia adalah satu keperluan.

“Kita gembira sekiranya harga turun dan runsing apabila harganya naik.

“Bagaimanapun, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi peruntukan subsidi petrol dan diesel bagi memudahkan pengguna,” katanya. – BH Online

Kategori