Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Galah 3 Meter Diguna...

SUNGAI BULOH - Parang yang diikat dengan galah sepanjang tiga meter telah digunakan...

5 Ciri Muktamad Zaman...

MEREKA yang pernah melalui zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sudah...

Sejam Kejar Suspek Curi...

BESUT - Polis Besut mengambil masa kira-kira sejam mengejar dua suspek yang disyaki...

APMM Tumpaskan Cubaan Seludup...

ALOR GAJAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 300...

Pengurusan Pusat Tahfiz Perlu Dimantapkan

KUANTAN – Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembangunan dan pengurusan pusat-pusat tahfiz di negara ini  perlu diperkemas dan dimantapkan agar keyakinan masyarakat terhadap insitusi pendidikan pondok itu terus kukuh.

Sulaiman, 67 yang juga bekas Mufti Pahang berkata agak menyedihkan apabila berlaku  tragedi seperti di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Kuala Lumpur pada 14 September lalu yang telah menyebabkan masyarakat mempersoalkan isu keselamatan pelajar yang mengikuti pendidikan di insitusi seumpama itu.

“Apabila wujudnya banyak pusat tahfiz, ia memberi satu petunjuk yang baik terhadap kesedaran masyarakat terhadap pendidikan agama selain pendidikan sekular, namun biarlah ia berada dalam keadaan yang mantap baik dari segi pengurusan dan pembelajaran itu.

Lakukannya dengan betul-betul agar ia boleh bantu masyarakat dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas dinobatkan sebagai penerima anugerah itu yang disampaikan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran RTM Pahang di sini hari ini.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta plak atas pengiktirafan berkenaan.


Pemangku Raja Pahang,Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri) menyampaikan anugerah tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 1439 Hijrah, Datuk Sulaiman Ahmad pada Majlis Anugerah Maal Hijrah peringkat Negeri Pahang di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kuantan – Foto NSTP.

Dalam pada itu, anak jati Pahang kelahiran Temerloh itu mengakui anugerah itu adalah pengiktirafan tertinggi yang diperolehnya dan ia menguatkan lagi semangat beliau untuk berbakti kepada masyarakat.

Bapa kepada 11 anak berusia dari  17 hingga 42 tahun itu kini masih menabur bakti di Maahad  Tarbiah Islamiah, Mentakab sebagai pengetua dan tenaga pengajar sejak lapan tahun lepas. – Bernama

Kategori