Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ganjaran Istimewa Buat Atlet...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menjanjikan ganjaran istimewa kepada 134 atlet murid dan lima atlet guru...

PAS, UMNO Tiada Masalah...

KUALA LUMPUR - PAS tiada masalah untuk mengisytiharkan harta seperti arahan dikeluarkan Perdana...

Kecoh.. Salman Khan Bertunang...

BINTANG Bollywood, Salman Khan tiba-tiba menjadi perbualan hangat di India apabila dikhabarkan telah...

Musang King Kini Ke...

PORT DICKSON - Korea Selatan dikenal pasti sebagai pasaran baharu durian Musang King,...

Pengurus Projek TNB & Wanita Bebas Reman SPRM

PUTRAJAYA – Seorang pengurus projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan seorang wanita yang direman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah, dibebaskan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 55 dan 51 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Kedua-dua individu terbabit sebelum ini dilaporkan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan tender pembekalan barangan pengubahsuaian pejabat TNB di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap SPRM, kedua-dua suspek ditahan pasukan penguat kuasa SPRM di sebuah lokasi di Lembah Klang pada 10 Mei lepas.

Katanya, selaku pengurus projek, lelaki tersebut didakwa bertindak mengagihkan tender projek kepada kontraktor lain, sedangkan ia sepatutnya diagihkan kepada syarikat panel di bawah TNB.


Sebagai habuan di atas pemberian tender berkenaan, lelaki itu dikatakan menerima sebuah kereta BMW 5 Series daripada suspek, iaitu seorang wanita yang juga pemilik syarikat pengubahsuaian terbabit.

Kerja pengubahsuaian tersebut dipercayai berlaku pada 2014 di beberapa pejabat TNB di Kuala Lumpur, kata jurucakap itu. – BERNAMA

Kategori