Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Adik Didenda Pecahkan Cermin...

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan didenda RM2,800 atau tiga bulan penjara oleh...

Dua Kali Terjatuh, Roslan...

LAKONANNYA yang mantap, sering membuatkan penonton terkesan tidak kira sama ada aktor veteran...

Piala AFC: JDT Tersingkir...

BACOLOD, FILIPINA - Johor Darul Ta'zim (JDT) tersingkir di separuh akhir Piala AFC...

Tiada Kaki Hanya Ada...

Dilahirkan cacat bukanlah alasan untuk tidak mahu berusaha.Di Indonesia, seorang lelaki bernama Gandirun...

Penguat Kuasa DBKL Didenda Sertai Rusuhan Di Kondo

KUALA LUMPUR – Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM2,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan menyertai rusuhan sehingga mencederakan seorang pemandu lori di sebuah kondominium, yang videonya tular di laman sosial, awal tahun ini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Neezam Jelani, 35, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kesnya hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan Pejabat Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan tertuduh untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya.

Sehubungan itu, tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah.

Ketika rayuan, peguam Siti Suraya Abu Hassan yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan tertuduh perlu menyara isteri dan tiga anak yang masih kecil berusia antara 3 bulan dan 8 tahun selain ia merupakan kesalahan pertamanya.

Norhashimah bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Mohd Neezam didakwa, bersama-sama dua lagi yang masih bebas, telah hadir, menyertai dan berada dalam rusuhan yang boleh mencederakan di pos pengawal Kondominium Puncak Athenaeum, Bukit Antarabangsa, di sini pada 2.30 petang pada 14 Jan lepas.


Dia didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kejadian berpunca apabila dua mangsa yang menaiki lori, telah melanggar bahagian belakang kereta majikan rakan tertuduh yang diparkir di tepi jalan.

Pelanggaran itu menyebabkan rakan tertuduh berang lalu berlaku rusuhan yang turut disertai tertuduh dan akibatnya, pemandu lori iaitu mangsa mengalami kecederaan.

Rakaman video kejadian itu kemudian tular di laman Facebook. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

Kategori