Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bengang Teksi Generasi Baru,...

Ekoran tumbuhnya pelbagai alternatif pengangkutan awam termasuk teksi generasi baharu di bandaraya besar...

BN Terengganu Pastikan Peralihan...

KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memastikan peralihan kuasa kepada PAS...

Rumahtangga Bergolak Sudah 3...

PENYANYI Ezlynn mengakui bahawa rumahtangganya sudah retak menanti belah sejak tiga tahun lalu...

Umat Islam Wajib Pertahan...

KUALA LUMPUR - "Rasulullah S.A.W menerima konsep Tahaluf (bekerjasama) dengan pihak lain dalam...

Pengsan Digigit Semut Api

PUCHONG – Seorang lelaki pengsan akibat kejang otot selepas digigit semut api ketika dalam perjalanan turun dari Bukit Wawasan, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Mohd Hisham Mat Yasih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 petang sebelum empat anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan seorang lelaki berusia 40-an pengsan akibat kejang otot selepas digigit semut api di kawasan berkenaan.

“Mangsa yang berjaya dibawa keluar beberapa minit kemudian diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Putrajaya, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putrajaya Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 6.45 petang.

“Seramai 12 pegawai, anggota serta pelatih APM Putrajaya bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mangsa pada jam 8.43 mangsa sebelum dibawa keluar oleh anggota bomba.


“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori