Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masalah Lampau Era Mahathir...

KUALA LUMPUR – Sebahagian pelan transformasi untuk Malaysia yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk...

Malaysia Sedia Kembali Ke...

KUALA LUMPUR - Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan...

PM Lancar Ekspedisi Rentas...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ekspedisi...

Sudah Sihat, Datuk Seri...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas hari ini selepas...

Pengguna Teruja Berbelanja Selepas Sifar GST

KUANTAN – Kadar sifar peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang brmula hari ini, membuatkan pengguna lebih teruja untuk berbelanja ekoran harga barang yang dijangka lebih murah berbanding sebelum ini.

Rata-rata pengguna yang ditemui berkata mereka amat berharap peniaga akan mematuhi kadar baharu itu dan mengurangkan harga barangan bagi memberi mereka lebih pulangan wang dalam membeli.

Seorang pekerja Teknologi Maklumat (IT) Muhammad Nur Zanini, 25, menyifatkan pengumuman kadar sifar itu sebagai ‘tepat pada masanya’ kerana dapat membantu rakyat berbelanja dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Barang makanan memang ada yang sifar GST sebelum ini, tapi keperluan lain seperti pakaian raya dan kasut dikenakan GST enam peratus sebelum ini, jadi memang berharap sangat harga barangan seperti ini lebih murah kerana saya tahun ini perlu menyediakan kelengkapan anak.

“Mungkin teruja dengan kehadiran cahaya mata, isteri lebih mementigkan keperluan dan persiapan anak. Tahu sahajalah yang pakaian bayi ini ada tempat lebih mahal daripada pakaian dewasa,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi peguam Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar, 52, juga melihat kadar sifar itu sebagai berita gembira kepada pengguna kerana tidak lagi perlu membayar GST sekaligus membuatkan mereka lebih bersemangat untuk berbelanja.

Beliau juga menggalakkan pengguna untuk mengambil kesempatan berbelanja secara berhemah sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula pada September depan.

Bagi suri rumah Mei Wah, 40, mengakui beliau ke pasar raya pada hari ini untuk melihat sendiri perubahan harga barangan selepas meninjau harga barangan sejak dua hari lepas untuk dijadikan perbandingan.

“Saya juga membuat semak harga pada semalam dan saya dapati memang ada perubahan harga dengan hari ini. Walaupun GST sebelum ini hanya enam peratus dan nampak kecil, namun nilainya besar jika kita membeli barangan dalam jumlah yang banyak.


“Jadi sudah pasti sifar GST ini sangat membantu golongan wanita berjimat dalam perbelanjaan bulanan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata Ops Catut 4.0 Tanpa GST yang dilakukan sejak 24 Mei lalu mendapati semua peniaga mematuhi arahan sifar GST.

Mark menambah seramai 135 kakitangan KPDNKK Pahang akan terus melaksanakan operasi itu sehingga akhir bulan ini bagi mengelakkan manipulasi harga impak ekoran pelaksanaan GST sifar peratus oleh peniaga.

“Operasi ini dilakukan secara bersepadu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

“Setakat ini, sebanyak 507 premis perniagaan telah diperiksa merangkumi sebanyak 15,210 jenis barangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori