Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tahanan Rohingya Berjaya Lari...

BANDAR BAHARU: Polis tidak menolak kemungkinan terdapat baki tahanan etnik Rohingya yang meloloskan...

Pos Malaysia Berhad Lancar...

SHAH ALAM - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan imej baharu...

Melaka Perlu Lebih Ramai...

MELAKA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan lebih ramai Pegawai Bomba...

Malaysia, Vietnam Akan Terus...

HANOI - Malaysia dan Vietnam akan terus meningkatkan kerjasama yang sudah terjalin akrab...

Pengguna Gmail Alami Serangan Phishing

SAN FRANCISCO – Pengguna Gmail pada Rabu diserang menggunakan phishing bertujuan untuk melumpuhkan pembekal perkhidmatan Google, lapor agensi berita China Xinhua.

Amalan pishing yang biasa apabila serangan dilakukan dengan menghantar e-mel kepada pengguna Gmail dan penyerang berpura-pura menjadi seseorang yang dikenali.

Bagaimanapun, serangan kali ini tidak seperti amalan biasa phishing, kali ini serangan dilakukan dengan menghantar e-mel berbentuk jemputan untuk menyertai Google Doc.

Sebaik pengguna menekan pautan Google Doc dalam e-mel phishing, pengguna akan dibawa ke halaman Google.com dan kemudian diminta memberi kebenaran membolehkan penyerang akses ke akaun pengguna sekaligus dapat mengesan maklumat dan e-mel kenalan.


Dalam satu kenyataan Google berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mencegah serangan seperti itu daripada berlaku lagi.

Setakat ini tiada laporan diterima mengenai berapa ramai pengguna yang terjejas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gmail

Kategori