Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Allianz Auto Assist Tawar...

SYARIKAT penyedia insuran, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) memperkenalkan aplikasi telefon...

Konsert K-Pop Dihujani Seluar...

MESKIPUN jauh berbeza dari segi budaya dan bahasa, artis terkenal K-Pop dari Korea...

Rupa-Rupanya Stor Sorok Mercun

SIBU - Kebakaran sebuah kilang memproses kayu di Jalan Ting Lik Kong, di...

Hanya 100 Penyokong Anwar...

KUALA LUMPUR - Hanya kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyertai...

Pengesahan Bertulis Elak Jadi Kambing Hitam – Noh

PUTRAJAYA – Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dinasihatkan mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada pihak atasan yang memberi arahan agar tidak dijadikan ‘kambing hitam’ sehingga didakwa terbabit rasuah, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Sebagai barisan hadapan di peringkat tempatan yang memberi perkhidmatan perbandaran, beliau berkata pegawai PBT khususnya bahagian penguatkuasaan perlu sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP).

“Sebagai pegawai kerajaan, kita memang kena ikut arahan pihak atasan namun dalam hal ini arahan tersebut mesti dalam bentuk hitam dan putih.

Sekiranya berlaku sesuatu (siasatan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia atau Jabatan Audit Negara), pegawai tersebut selamat kerana terdapat bukti hitam dan putih ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada Datuk Bandar dan Yang Dipertua (YDP) PBT di sini hari ini.

Noh berkata kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing dan kementerian itu akan menyelaras PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Noh menyaran agar PBT sentiasa memudah cara, proaktif dan responsif dalam memastikan pembangunan yang rancak unutk meningkatkan daya saing negara di peringkat global.


Beliau mahu PBT khususnya di negeri-negeri pembangkang agar mempercepatkan projek-projek Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat diutamakan.

“Saya berharap perkara ini tidak dipolitikkan. Hak dan kepentingan rakyat tidak harus dilewat-lewatkan,” katanya.

Majlis amanat itu merupakan pertemuan sulungnya bersama PBT seluruh negara.

Terdahulu, YDP dan Datuk Bandar PBT mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bagi membincangkan Kebenaran Merancang di PBT. – BERNAMA

Kategori