Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Singapura Ditahan, Edar...

JOHOR BAHRU - Polis percaya kegiatan pengedaran dadah di sekitar Taman Daya di...

Ribut Terbangkan Bumbung Rumah...

KUALA PERLIS - Tidak sampai dua bulan menggantikan atap zink, lapan sekeluarga di...

Esscom Hantar Kertas Cadangan...

LAHAD DATU - Kertas cadangan mengenai pewujudan pusat pemeriksaan di laut di Zon...

3 Petanda Bila Kucing...

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan...

Pengeluaran Sijil Nikah Diperketatkan Di Terengganu

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil langkah untuk memperketat prosedur pengeluaran sijil nikah di negeri ini bagi mengelak berulangnya pengeluaran sijil nikah palsu.

Sambil menegaskan kerajaan negeri tidak bertolak ansur dengan jenayah pemalsuan sijil nikah, Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pasangan yang mendapatkan sijil nikah palsu diminta menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan memohon dokumen sah.

“Selepas ini, kita akan lebih berhati-hati dan memastikan proses mengeluarkan sijil nikah dibuat dengan lebih teliti dan ketat. Kita mahu pastikan semua prosedur diikuti, tanpa ada unsur penipuan yang mencurigakan.

“Ia bukan tentang sijil nikah sahaja, tetapi semua aspek termasuk permohonan mendapatkan pekerjaan di mana kita akan pastikan sijil-sijil yang dikemukakan diteliti sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyampaian baucer Dana Raya Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah palsu di negeri ini yang didalangi tiga penjawat awam termasuk seorang pegawai JHEAT.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan membuka sebuah cawangan Institut Al-Quran (IQ) di Seberang Takir bagi memberi peluang kepada orang muda belajar mengaji Al-Quran.


Katanya IQ, yang akan dibuka selepas Aidilfitri, merupakan perintis kepada kawasan lain yang berhasrat membuka pusat pengajian sedemikian.

“Buat permulaan kita akan mengambil 50 pelajar dengan dua kelas untuk memberi peluang kepada orang muda atau pekerja mengikuti kelas mengaji Al-Quran,” katanya.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga bersedia menerima mana-mana pihak yang ingin membuka kelas Al-Quran, dengan menyediakan kemudahan bangunan serta bekalan elektrik dan air selain tenaga pengajarnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori