Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5 Juta Skrip Kertas...

KUALA LUMPUR - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencipta sejarah tersendiri daripada pelbagai...

Mukhriz Mengadap Sultan Kedah

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba bagi mengadap Sultan Kedah, Sultan...

IGP: PDRM Syor Gaji...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel...

Mahkamah Gugur Dakwaan Rogol...

LOS ANGELES : Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo...

Pengedar Dadah Warga Nigeria Dihukum Gantung

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang warga Nigeria selepas dia didapati bersalah mengedar 915.6 gram dadah methampethamine tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh, Ekene Collins Isaac, 37.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Lelaki yang merupakan pekerja pembersihan di Nigeria didakwa mengedar dadah itu di tandas Wad 6C, Hospital Serdang, Jalan Puchong, Kajang, dekat sini antara 7.20 pagi, 3 Mac dan 1 tengah hari, 5 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Dadah itu ditemui berada dalam badan tertuduh berikutan dia didakwa menelannya sebelum berlepas ke Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya Nazir Amir Johari mewakili pendakwaan sementara tertuduh diwakili peguam V. Samynathan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]daK8UiaDn2w[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori