Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR Gembira Bible Dikembalikan...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan Selangor memulangkan semula 351 bible yang mengandungi kalimah...

Sebuah Lagi Muzium Dirancang...

BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor merancang membuka sebuah lagi muzium di daerah...

Tahap Keharmonian & Perpaduan...

SHAH ALAM - Tahap keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini dirumuskan sebagai...

Hujan Berterusan: Jawatankuasa Pengurusan...

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan,...

Pengawal Tidak Tahu Kesan Pengakuan, Minta Penjelasan Mahkamah

KUALA LUMPUR- “Saya tidak tahu apa akan jadi jika saya mengaku atau tidak mengaku terhadap pertuduhan yang dikenakan kepada saya,” kata seorang pengawal keselamatan dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Berikutan itu, Majistret Nur Azura Murah menjelaskan dengan terperinci perkara itu kepada Mohd Sukeri Mohameed, 36, yang didakwa atas tuduhan mencabul seorang wanita berumur 28 tahun di stesen LRT Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada 8.40 pagi, 5 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

“Kalau awak mengaku salah, mahkamah boleh teruskan dengan menjatuhkan hukuman, tetapi sekiranya awak tidak mengaku bersalah, awak boleh lantik peguam dan teruskan untuk bicara kes ini.

“Mengikut Seksyen 354 itu, hukumannya adalah dua daripada tiga yang ada, tidak semestinya awak kena sebat dan penjara sahaja, atau sebat dan denda.

Awak boleh juga dikenakan hukuman penjara dan denda tanpa sebat bergantung kepada fakta kes dan budi bicara mahkamah,” jelas majistret itu.


Mohd Sukeri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh.

Ketika diberi peluang membuat rayuan berhubung jaminan itu, Mohd Sukeri yang tidak diwakili peguam memberitahu dia tidak tahu bagaimana hendak membuat rayuan dan sekali lagi Nur Azura menjelaskan kepadanya.

Tertuduh memberitahu mahkamah dia telah bercerai dan perlu menanggung keluarga termasuk seorang anak.

Nur Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori