Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kesian.. Anjing Tersepit Kat...

SEEKOR anjing jalanan terselamat daripada maut walaupun badannya tersepit dalam bumper kereta sejauh...

UTC Model Realisasi Slogan...

LABUAN - Dahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang diilhamkannya selepas menyandang jawatan perdana menteri pada...

#TangkapAzamBaki: Peserta Mula Penuhi...

KUALA LUMPUR : Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT)...

Jaminan Tak Benarkan IPTA...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi...

Jaga Mengaku Tak Bersalah Sokong Daesh

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh, awal tahun ini.

Zefrul Hashim, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadaonya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dan Abu Sayyaf dengan cara menggalakkan atau mendorong seorang individu yang dikenali dengan nama ‘Zahra Alisya’ melalui perbualan dalam aplikasi laman sosial Facebook Messenger di mana tertuduh menggunakan akaun bernama ‘Abu Qaqa’.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat Perpaduan 22, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak, antara 18 Februari dan 9 Mac 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah subseksyen 130J(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda dan mana-mana harta yang digunakan dalam tersebut, boleh dirampas.

Mengikut pertuduhan kedua, Zefrul didakwa memiliki 109 keping gambar dan 116 buah video di dalam telefon bimbit miliknya, di mana kesemua item itu mempunyai kaitan dengan perlakuan dan perbuatan pengganas Daesh pada jam 3.50 petang, 6 Mac lalu di tempat sama.


Pertuduhan mengikut 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 130JB(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan item boleh dilucut hak, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norfaida Mohd Rashidee tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

Kategori