Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

3 Lagi Suspek SPRM...

KOTA KINABALU - Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

PM Tiba Untuk Lawatan...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan...

Pendaftaran Vaksin COVID-19 Beberapa...

KUALA LUMPUR - Sabah menjadi negeri terendah dalam pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Bajet 2016 Tumpu Tangani...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memberi perhatian untuk memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap isu...

Pengasuh Ditahan Dera Bayi Berusia 10 Bulan

KEPALA BATAS – Polis menahan seorang wanita kerana disyaki mendera anak asuhannya yang berusia 10 bulan dalam kejadian di Taman Seri Serdang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata suspek berusia 33 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU selepas dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kira-kira 6.20 petang semalam.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.30 petang selepas mendapat panggilan telefon daripada doktor bertugas di Bahagian Kecemasan Hospital Kepala Batas (HKB) memaklumkan seorang bayi lelaki disyaki didera kerana terdapat kesan lebam pada dada dan perut mangsa.

“Bayi itu dibawa oleh ibunya ke hospital selepas dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp bahawa terdapat kesan lebam di badan mangsa pada 10 pagi dan wanita berkenaan terus ke rumah pengasuh untuk melihat sebelum membawa bayinya ke HKB,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, ibu bayi mendakwa anaknya itu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan dalam keadaan baik tanpa sebarang lebam pada 7 pagi.

Noorzainy berkata berdasarkan siasatan polis, pengasuh itu mengaku mencubit bayi berkenaan sehingga meninggalkan kesan lebam kerana mangsa menangis tidak berhenti sehingga membuatkan wanita tersebut geram.

“Perbuatan pengasuh mencubit bayi berkenaan hingga menangis itu turut dilihat oleh anak lelaki wanita tersebut yang berusia empat tahun dan kejadian semalam bukan pertama kali berlaku. Polis telah rekodkan keterangan kanak-kanak berkenaan (anak pengasuh) untuk membantu siasatan,” katanya.


Beliau berkata doktor yang merawat mangsa mengesahkan banyak kesan lebam di dada serta perut mangsa dan kesan lebam masih kemerahan serta kebiruan seperti kesan cubit namun tiada kecederaan dalaman dialami bayi tersebut.

Katanya wanita itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata polis menahan seorang pengurus sebuah hotel di Geogre Town berusia 52 tahun kerana mencabul pekerja wanitanya berumur 23 tahun di hotel berkenaan semalam.

“Lelaki itu dikatakan memanggil mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum bertindak mencabul mangsa yang kemudian membuat laporan polis. Suspek kini direman dua hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori