Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jose Mourinho Bergurau Mahu...

LIVERPOOL - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho bergurau apabila berkata dia mahu menandatangani Steven...

Undang Pemantau Luar, Cuba...

BERA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan gesaan...

Bakal Ibu Maut Bersama...

Jempol - Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan maut selepas kereta dipandunya terbabas...

Cadang Penubuhan Majlis Bekas...

KUALA LUMUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan kepada...

Pengarah Puspen AADK Benta Maut Kemalangan

GUA MUSANG – Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Benta, Pahang maut dalam kemalangan jalan raya di KM 63 Jalan Gua Musang-Kuala Berang di sini, hari ini.

Mangsa Abdul Mutalib Abdullah, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tersepit di tempat duduk pemandu sebelum mayatnya dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika mangsa yang berseorangan memandu kereta jenis Toyota Lexus dari rumahnya di Gong Badak, Terengganu ke tempat kerja di Puspen, Benta.

Beliau berkata kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik merempuh tiang elektrik menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk.

Katanya polis yang menerima aduan mengenai kejadian itu terus ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya lewat petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Badak, Terengganu.


Sementara itu, isteri mangsa, Noriah Ab Rahman, 50, ketika ditemui pemberita berkata arwah suaminya bertolak dari rumah kira-kira pukul 4 pagi melalui Jalan Kuala Berang-Gua Musang untuk ke tempat kerjanya di Benta.

Beliau berkata arwah suami sudah biasa melalui jalan itu untuk ke tempat kerja dan berulang-alik ke rumah seminggu sekali.

“Sepatutnya pagi ini juga arwah mengadakan majlis jamuan hari raya bersama staf di pejabatnya kerana dia telah bawa bersama pelbagai juadah,” katanya.

“Namun, sambutan itu tidak dapat diraikan kerana Tuhan lebih menyayangi dia dan saya redha dengan apa yang berlaku itu,” katanya yang mempunyai enam anak hasil berkongsian hidup bersama arwah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori