Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rujuk Pegawai ISN Sebelum...

NILAI – Pelumba berbasikal trek negara dinasihatkan supaya merujuk kepada pegawai Institut Sukan...

Masalah Aliran Tunai 1MDB...

IPOH - Masalah aliran tunai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ini dijangka pulih...

Gol Tunggal Razie Cerahkan...

KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menghidupkan peluang Malaysia...

Bauksit: Tindakan Tegas SPRM...

SETIU - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengalu-alukan tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan...

Pengarah Dan Timbalan Digantung Kerja

KOTA KINABALU – Pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri Sabah, dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna kuasa dalam agihan projek bernilai RM3.3 bilion, telah digantung tugas.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata notis penggantungan terhadap kedua-dua pegawai kanan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

“Penggantungan pengarah dan timbalan pengarah berkuat kuasa pada tarikh tangkapan, masing-masing pada 5 dan 4 Oktober,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut notis penggantungan, katanya, kedua-dua suspek itu dilarang memasuki pejabat di mana mereka bertugas sebelum ini atau mana-mana pejabat jabatan itu di Sabah.

“Suspek juga dilarang meninggalkan negeri itu sepanjang tempoh siasatan,” katanya.


Semalam, pengarah tersebut dibebaskan dengan jaminan RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin manakala timbalannya dibebaskan hari ini dengan syarat jaminan yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori