Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

India Rekod 7,579 Kes...

NEW DELHI: India merekodkan 7,579 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas,...

Didakwa Bunuh Lepas Kekasih...

SEORANG lelaki yang telah berkahwin, didakwa atas tuduhan membunuh selepas gagal memaklumkan kepada...

4 Sektor Diwujudkan Bagi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak empat sektor diwujudkan bagi mencari bangkai helikopter AS350 yang...

Nafi Kepala Khinzir Diletak...

JITRA - Bangkai khinzir yang terdapat di atas bahu jejantas Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan...

Pengangkutan Bas Elektrik Di Putrajaya Bermula Sept Tahun Depan

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya bakal memperkenalkan perkhidamatan bas elektrik untuk sistem pengangkutan awam di pusat pentadbiran kerajaan itu bermula September tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebagai permulaan, 10 bas yang dibawa khas dari Jepun, akan digunakan untuk operasi percubaan di semua laluan perkhidamatan bas Nadi Putra.

“Selain mengurangkan pencemaran udara dan bunyi, penggunaan bas elektrik juga selaras dengan aspirasi menjadikan Putrajaya sebagai ‘Green City’, selain meningkatkan lagi penggunaan teknologi hijau dalam perkhidmatan awam yang mesra alam.

“Bas ini akan melalui tempoh percubaan kira-kira tiga bulan dan jika mempunyai daya saing yang baik, kita akan menukar semua bas sedia ada yang kini menggunakan gas kepada bas elektrik sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta kayuhan “Community Fun Ride” di Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini hari ini.

Sebanyak 500 peserta mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 13 kilometer itu.

Tengku Adnan berkata bas yang boleh membawa 60 penumpang pada satu masa itu mampu bergerak pada jarak 30 kilometer untuk pengecasan bateri selama 10 minit.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata kerajaan memahami keluhan warga Putrajaya mengenai kesesakan trafik berhubung penganjuran Kejohanan Formula E (ePrix) FIA di pusat pentadbiran persekutuan itu semalam, namun menegaskan perlumbaan tersebut tetap baik dari aspek mempromosikan Putrajaya dan negara.


Selain mempromosikan Putrajaya, kita harap ePrix yang dipancarkan secara langsung ke banyak negara mampu memperlihatkan kepada dunia hasrat kita menjadikan setiap bandar sebagai ‘Green City’ yang mesra alam, katanya.

Beliau berkata pemilihan Putrajaya sebagai lokasi juga bertujuan membawa perlumbaan kepada masyarakat berbading jika dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang yang memerlukan penonton pergi ke sana serta dikenakan tiket, berbeza dengan ePrix yang kemasukannya adalah percuma.

“Jadi, saya harap rakyat faham apa yang kita buat bukan untuk menyusahkan mereka sebaliknya ‘kesusahan sementara’ itu sebenarnya akan membolehkan mereka meraih lebih kesenangan pada masa hadapan,” katanya.

Berlangsung di laluan utama pusat pentadbiran persekutuan, perlumbaan ePrix disertai 10 pasukan, masing-masing menurunkan dua pelumba untuk beradu di litar sepanjang 2.56 kilometer, melibatkan 33 pusingan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori