Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Produk IKEA Tidak...

KUALA LUMPUR - IKEA yang dioperasikan oleh Ikano Pte Ltd, mengulangi pengesahan bahawa...

Ramai Calon Bertanding, Tawar...

TEMERLOH - Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti Datuk Seri Dr...

Cara David Teo ‘Tidak...

PENGARAH Mamat Khalid menyifatkan cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), Datuk...

Sokong Beg Kertas, Kotak...

GEORGE TOWN - Sejak 1 Januari 2011 Pulau Pinang telah menguatkuasakan dasar 'Tiada...

Penganggur Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM100,000

ALOR SETAR – Seorang penganggur berusia 35 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM100,000 dalam satu operasi di Jalan Tuanku Haminah di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supt Helmi Aris berkata, suspek lelaki itu berjaya diberkas kira-kira 12.30 tengah malam tadi ketika memandu kereta jenis Toyota Altis dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek yang juga positif dadah jenis Amphetamine bertindak agresif dengan mengundur kereta dan melanggar kenderaan polis.

“Selepas berjaya dihalang dan ditahan, polis menemui satu beg plastik berisi dadah yang terletak pada tempat alas kaki bahagian penumpang hadapan di dalam kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Helmi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati beg plastik tersebut mengandungi tujuh paket plastik disyaki syabu dengan anggaran berat 412 gram dan satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat 234 gram.


Turut dirampas adalah satu paket berisi 90 pil ekstasi serta satu kotak yang mengandungi 1,170 pil Eramin 5.

Susulan penemuan tersebut, polis melakukan pemeriksaan ke atas rumah suspek di kawasan Taman Nuri di sini dan menemui 22 paket plastik yang mengandungi syabu dan 300 pil ekstasi dalam laci almari, katanya.

Suspek kini ditahan reman bermula hari ini sehingga 13 April bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah. – BERNAMA

Kategori