Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Russia Melarang Kemasukan PM...

MOSCOW: Moscow mengumumkan ia melarang kemasukan Perdana Menteri, Boris Johnson dan beberapa pegawai...

Rumah Kedai 2 Tingkat...

MUKAH - Sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Orang Kaya Medan Setia Raja...

Boy Tiger Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' dihadapkan ke Mahkamah...

Azeez, Abangnya & Pengarah...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri...

Penganggur Dipenjara Tiga Tahun, Satu Sebatan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menghukum penjara seorang penganggur tiga tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas kesalahan merompak seorang warga India dan melarikan dompet, telefon bimbit serta wang tunai RM300 milik mangsa.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Maran, 39, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 29 April.

Maran didakwa bersama dengan seorang yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan terhadap Harjinder Singh dan melarikan satu dompet, satu unit telefon bimbit serta wang tunai RM300, di tepi jalan di hadapan pasar raya besar Mydin Kota Raya, Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini pada 5.20 petang, 29 April lepas.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menerusi seksyen sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan perlu menjaga ibunya, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman setimpal. – BERNAMA

Kategori